Young Aisyah: Kawan Baru

  • Saridah Hamid,Reja,
    RM 12.50 / RM 14.50 (Sabah & Sarawak),
    967-366-118-3;
    978-967-366-118-3;
    9789673661183
    Tarikh Terbit: 23 November 2011 ;
    Jumlah Muka Surat : 160 halaman
    Buy

Sinopsis

“Nama Khalid al-Walid seperti aku pernah dengar. Tetapi di mana, ya?” Aisyah Sofia berkata dalam hatinya. Nama itu menarik perhatiannya. Dia berfikir sehingga berkerut-kerut dahinya, cuba mengingatkan sesuatu. Amirah perasan dengan sikap kawannya. Dia melihat muka kawannya berkerut seperti nenek tua makan sirih. Rasa geli hati pula.

Siapakah Khalid al-Walid? Adakah kehadirannya menggugat persahabatan Aisyah, Amirah, Abu dan Ali? Ikuti kesudahannya dalam buku ini.

Sekali bersahabat, biar terus sampai ke syurga!

Isi Kandungan

Bab 1: Kawan Baru

Bab 2: Surat untuk Nazirah

Bab 3: Janganlah Merajuk

Bab 4: Ikan Oh Ikan

Bab 5: Malam Ikan Bakar