asyuura
21 June 2010 




Kursus penulisan kreatif PTS Islamika yang diadakan pada Ahad, 20 Jun, berjaya menarik seramai 30 orang peserta lebih daripada jangkaan seramai 20 orang. Kursus ini bertujuan mencari lebih ramai lagi penulis dalam genre penulisan kreatif kanak-kanak dan dewasa di samping memberi pendedahan kepada penulis baru tentang dunia penulisan yang masih lagi belum diterokai lebih mendalam oleh ramai penulis Islami.
Skop penulisan Islam yang tidak hanya bertemakan "cinta" bahkan lebih daripada itu, iaitu novel yang bertemakan akidah, syariat dan sebagainya menjadi manuskrip pilihan PTS Islamika kini. Di antara novel yang menjadi contoh terbaik buat masa kini sebagai rujukan penulis adalah novel "Harumnya Nurjannah" dan " Syahadah Gadis Athis" serta semua novel kanak-kanak terbitan PTS Islamika. Potensi buku sebegini begitu tinggi di pasaran semasa dan PTS Islamika mengambil inisiatif menerbitkan lebih banyak lagi novel-novel Islami sebegini.
Penulis yang berminat untuk menghantar manuskrip genre novel boleh berhubung dengan editor PTS Islamika dengan mengemukan proposal terlebih dahulu. Kepada peserta kursus yang sudah hadir kursus, ribuan terima kasih diucapkan dan kami berharap tuan/puan dapat menghantar proposal dan kesudian tuan/puan menulis bersama PTS Islamika begitu kami hargai.