Imran
11 March 2010 
Selepas buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung meletup di pasaran dan PBAKL tahun lepas, PTS ISLAMIKA SDN. BHD. sekali lagi tampil dengan buku karangan penulis yang sama, Alexander adalah Zulqarnain. Buku tampil di gelanggang perbahasan mengenai Zulqarnain yang disebut di dalam al-Quran hangat dibahaskan pada tahun lepas. Ini disusuli dengan buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. dan dokumentari, Alexander bukan Zulqarnain ditayangkan di Astro Oasis.
Buku ini tidak bermaksud melemahkan mana-mana hujah dan kajian-kajian sedia ada mengenai Zulqarnain. Sebaliknya, buku ini sebagai penambah rasa dalam mencari ilmu sekaligus memeriahkan pesta mencari ilmu dan membaca. Bagi pihak penerbit, pembaca mempunyai hujah tersendiri, buku ini sebagai pengimbang antara hujah. Jawapannya, pembaca lebih bijak menentukan.
Penulis Muhammad Alexander@ Wisnu Sasongko akan berada di Pentas Utama PBAKL, PWTC pada 21 Mac 2010 (Ahad) jam 10:00 hingga 11 pagi bagi membedah buku beliau Alexander adalah Zulqarnain dan Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung.
Buku Alexander adalah Zulqarnain berharga RM35.00 setebal 760 muka surat boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara. Klik di sini bagi mendapatkan senarai pengedar yang berhampiran.