hariri 27 August 2009

Hikmah datangnya ramadhan sangat besar nilainya kepada semua orang Muslim. Sabda Rasulullah ” Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’ban Bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan Bulan umatku”. Benar, Ramadhan satu-satunya bulan yang menghidangkan hidangan rezeki dan pahala yang melimpah ruah kepada umat Islam. Rezeki ini jarang-jarang ditemui di bulan-bulan yang lain. Inilah ajaibnya dan hebatnya Ramadhan.

1. Rezeki buat Para Huffaz – Di bulan Ramadhan ini tidak menang tangan para hafiz (Penghafaz Al-Quran) memenuhi jemputan sebagai imam di Masjid atau surau. Ada juga Masjid yang menawarkan bayaran yang cukup tinggi buat imam jemputan ini. Alhamdulillah, masyarakat meninggikan darjat dan menghargai hafalan para huffaz ini. Selain dapat mendengar bacaan merdu para hafiz ini, mereka juga bertindak sebagai pembantu dalam acara tadarus Al-Quran selepas Tarawih.

2. Rezeki buat Anak Yatim -  (hampir tiap-tiap hari) anak-anak yatim akan ke Hotel terkemuka untuk berbuka puasa. Amalan bersedekah dan kasih-mengasihi subur didalam bulan ini. Bahkan 3 bulan sebelum ramadhan, jadual berbuka puasa mereka sudah terisi.

Baca lagi
hariri 27 August 2009 Komen Diterima:0

3. Rezeki buat Peniaga - Bulan ini sangat ditunggu-tunggu oleh peniaga. Setiap tempat ada bazar ramadhan yang disediakan. Semua juadah pastinya membawa untung sama ada makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Catering makanan pulak pastinya banyak tempahan berbukan puasa dan moreh yang diterima. Rezeki dari langit (Rezeki Ramadhan).

4. Rezeki buat Fakir Miskin – Hikmah zakat fitrah adalah untuk membantu asnaf termasuk fakir miskin dalam merasai keindahan Eidulfitri. Bukan sekadar zakat fitrah bahkan sedekah dari orang dermawan memberi rezeki buat mereka. Besarnya pahala buat orang yang membayar zakat fitrah dan bersedekah lantas menyucikan harta kita.

5. Rezeki buat Penceramah Agama - Bulan ini juga berebut-rebut pengajur mencari para ustaz dan ustazah untuk memberi pengisian ceramah ramadhan untuk masyarakat. Pelajar-pelajar Pengajian Islam di IPT juga mendapat tempiasnya diundang memberikan tazkirah ramadhan. Setiap pejabat, musalla, syarikat dan tempat pengajian sudah menghidupkan budaya memberi tazkiran di bulan ramadhan ini. (Alhamduillah, ramadhan mendidik umat untuk sayang kepada orang berilmu).

6. Rezeki buat Abid (Ahli Ibadat) – Pastinya orang yang suka beribadat sangat rindukan Ramdhan dan menangis jika hampir penghujung ramadhan. Buat sedikit tapi ganjarannya berlipat ganda. Puasa, Solat Fardhu, Solat Sunat, Zikir, Qiamullail, Lailatul Qadar bahkan tidur pun dikira sebagai ibadah. Masyallah. Berlumba-lumbalah untuk mendapatakan tawaran berharga ini. Jangan sia-siakan.

7. Rezeki buat Penerbit Buku – Laris buku-buku agama, buku surah Yaasin, Kitab Al-Quran, tasbih, kopiah, serban, jubah, telekong solat, sejadah dan macam-macam pakaian ibadat yang dibeli oleh umat Islam dalam menghadapi Ramadhan. Buku-buku ini dibaca, dihadiahkan untuk beramal dalam bulan ini. Bukan itu sahaja, TV pun sudah beralih memperdengarkan bacaan Al-Quran, Tazkirah, Drama Keinsafan dan menayangkan siaran langsung Terawih dari Makkah. Masyallah. Alangkah indah jika ia berpanjangan di TV kita.

blog comments powered by Disqus