.
Dahlia Ahmad Zainuddin
25 February 2011 

PTS Islamika Sdn. Bhd. selamat dilahirkan pada 25 Februari 2009 bernombor sijil kelahiran 847946 W. Sebelum ini, PTS Islamika berdiri secara imprin sebagai salah satu jabatan di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, (PTS P&D) pada tahun 2006.
Ketika itu, kekuatan PTS Islamika seramai 3 orang dengan seorang pengurus penerbitan, seorang editor perolehan dan seorang editor pengurusan. Kebanyakan buku terbitan PTS Islamika ketika itu menerbitkan buku-buku terjemahan hadis Imam Nawawi seperti, 40 Hadis Imam Nawawi, Riyadus Solehin dan himpunan kisah Nabi Muhamad seperti Cekal & Tabah, Seindah Senyuman, Selembut Bicara dan sebagainya.
Sasaran buku setahun belum ditetapkan, banyak kali cuba dan gagal. Impian Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS adalah, "Saya mahu PTS Islamika menjadi syarikat buku agama yang terbesar." Editor PTS ketika diberi kebebasan bagi menentukan waktu masuk kerja, waktu balik (selepas cukup jam kerja 8 jam 45 minit) dan ada yang menyiapkan kerja sehingga tidur di pejabat.
Imran
25 February 2011 
Imran
09 February 2011 
Sukacita dimaklumkan, Puan Siti Asyuura binti Jalaluddin (gambar), Editor Pengurusan Unit Young Islamika berhijrah daripada PTS dan kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) JQAF di bawah Kementerian Pelajaran mulai 24 Januari 2010.
Puan Siti Asyuura binti Jalaluddin memulakan tugas sebagai Editor Pengurusan Kanak-kanak pada tahun 2008 iaitu ketika Pejabat Editorial PTS terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Berkelulusan M.A dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya, beliau antara editor berpengalaman dan banyak dalam menerbitkan buku kanak-kanak Islamik sepanjang kerjaya beliau. Antara produk yang berjaya beliau bangunkan adalah siri Young Aishah dan siri Muaz dan Haikal.
Tugas beliau kini diambil alih oleh Cik Irnie Suhada binti Musa sebagai Editor Perolehan (kini merangkap Editor Pengurusan). Bagi penulis atau freelancer yang berurusan dengan beliau boleh menghubungi Cik Irnie melalui emel .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Seluruh warga PTS Islamika mendoakan semoga Puan Siti Asyuura terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan gemilang dengan kerjaya yang beliau pilih.
Imran
03 January 2011 
Dipetik daripada Web Sutera: Thinking of Book
16 Muharram 1432H - Membaca novel berjudul Weil Chinamembawa saya ke suatu zaman di mana kekejaman Komunis bermaharajalela. Perebutan kuasa di antara Komunis Rusia dan Komunis China mengakibatkan negara Turkistan berpecah kepada dua, iaitu Turkistan Barat di bawah Rusia dan Turkistan Timur di bawah takluk negara China. Kedua-duanya membaham warga Turki-Islam dalam bentuk kekejaman ibarat binatang buas! (Foto kiri: Bendera Turkistan Timur)
Kisah novel ini bermula pada tahun 1946 di sebuah perkampungan dalam satu bandar di wilayah Timur China. Narasi penulis berjaya menggambarkan bentuk penderaan dan penghinaan Komunis yang diterima Qan sepanjang berpuluh-puluh tahun. Qan ditangkap, dikurung dan diseksa dengan pelbagai bentuk siksaaan. Namun beliau gagah mengharungi setiap penderitaan walaupun ramai yang lain mati akibat tidak dapat bertahan deraan mental dan fizikal.
Saya percaya bahawa watak utama Qan adalah berbangsa Turki Uighur. Islam pastilah agamanya. Penderitaan Qan bukan setakat deraan fizikal sahaja. Malah kekejaman kejiwaan yang lebih parah ditanggung oleh Qan. Abangnya Turghut menjadi barua Komunis China yang berjawatan tinggi. Ibu dan kakak Qan ditangkap kemudian dihantar ke luar negara yang tidak tahu di mana. Ayah Qan syahid demi membela Islam yang dianutinya. Anak kecil kakak ipar Qan diputuskan leher kepala secara ditarik dengan kejam. Sementara kakak ipar Qan yang menyaksikan anaknya putus kepala di depan mata menjadi gila, lalu ditembak!
Banyak lagi kekejaman yang cukup meloyakan saya dilakukan olehKomunis demi menjayakan apa yang dikatakan sebagai ‘menghapuskan golongan fasis’. Namun Qan bertanya, “Siapa yang lebih fasis dari Komunis?”
Penulis Eminah Uzqan Syenlikoglu amat berjaya melakarkan suasana yang berlaku terhadap umat Turki Uighur yang berada dalam negaraChina berpaksikan Komunis. Dan penterjemah, saudara Mohd Rofizi bin Dollah, juga tidak kurang hebatnya dalam mutu terjemahannya ke bahasa Melayu tinggi.
Sejarah yang dipaparkan mengenai negara atau wilayah bernamaTurkistan adalah benar. Apabila saya membuat rujukan berkenaan kewujudan Turkistan, maka saya memperoleh suatu informasi geografi dan sejarah yang meruntun jiwa saya.
Turkistan membawa maksud “Tanah bangsa Turki”. Negara bangsa tersebut merangkumi kawasan Asia Tengah yang berada di antara Siberia di utara; Tibet, Pakistan moden, Afghanistan dan Iran di selatan; Gurun Gobi di sebelah timut; dan Laut Kaspian di sebelah barat. Turkistan adalah wilayah besar yang terdiri daripada Turan,Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhtan, Kazarstan, Kyrgistan dan Uyghurstan. Semua warganya dari kumpulan etnikTurki yang memiliki pelbagai suku keturunan. (Peta di bawah: Turkistan dan Turkistan Timur)
Dalam satu tempoh sejarah, negara atau kawasan pendudukan tersebut berkembang ke dalam Eurasia membentuk negara-negara bangsa Turki, iaitu Turki, Azerbaijan, dan kawasan sub-nasional seperti Tatarstan dalam Rusia dan Crimea dalam Ukraine.
Seterusnya Turkistan berkelompok sebagai Turkistan Afghan dan Turkistan Rusia di barat, dan Xinjiang (sebelumnya dikenali sebagai Turkistan Cina) di timur.
Dalam lembaran sejarah pada tahun-tahun 1860-an dicatatkan bahawa kawasan Turkistan yang bersatu dahulunya menjadi sebahagian dari Empayar Rusia, dengan nama Turkistan Rusia. Selepas revolusi Rusia, Republik Sosialis Soviet Autonomi Turkistan dalam Kesatuan Soviet (USSR) dibentuk. Kemudiannya dipecahkan lagi kepada Kyrgyz SSR (Kyrgyzstan), Tajik SSR (Tajikistan), Turkmen SSR (Turkmenistan) and Uzbek SSR (Uzbekistan). Apabila runtuhnya empayar USSR, negara-negara republik tersebut memperoleh kemerdekaan seperti mana sekarang ini.
Penjajahan negara Komunis China pula terhadap Turkistan Timur (Xinjiang sekarang dalam negara Republik Rakyat China). Dari satu sudut sejarah, Turkistan banyak dipengaruhi budaya dan kependudukan bangsa Cina melalui aktiviti perdagangan di sepanjang Jalan Sutera. Kempen ketenteraan pertama bangsa Cina diTurkistan ialah dalam Peperangan Loulan pada abad ke-2 sebelum Masihi (abad ke-2 BC). Secara kronologi, empayar nomadik yang berjaya menguasai Turkistan ialah suku kaum Hun, Empayar Uighur, Kaganate Turki, Khanate Kara-Khanid, Empayar Seljuk Agung, Empayar Mongol, Horde Emas, dan Khanate Kazakh. Suku kaum Uighur mula mendiami di bahagian paling timur Turkistan dari abad ke-8 selepas Masihi setelah runtuhnya Empayar Uighur.
Kesimpulannya, kedatangan dan berkembangnya fahaman Komunis selepas era penaklukan empayar-empayar purba terus memperkotak-katikkan wilayah Turkistan menjadi Turkistan Timur dan Turkistan Barat.Satu di bawah kuasa China dan satu lagi di bawah kuku besi Rusia (kemudian USSR). Fahaman ateis memberanakkan kapitalis dan Komunis Fahaman ateis Komunis pula dikembang biak oleh Karl Mark dan Lenin. Maka hancurlah bumi budaya bangsa Turki-Islam yang bernama Turkistan.
Akhirnya untuk kalian, Qan mengatakan, “Kami tahu benar tentang Komunis. Kalian hanya mendengar sahaja. Kami mengetahui Komunis secara terperinci bahkan Mark dan Lenin tidak berkesempatan untuk melihat kesudahan Komunis sekadar yang kami tahu.” Kata ganti nama ‘kami’ di sini ialah Qan dan abangnya Turghut yang sudah bertaubat.
